Mutiara Kata
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
.My BebeL
January 27, 2009
Labels: game
January 19, 2009
January 15, 2009
Labels: http://www.blogger.com/img/blank.gif
January 12, 2009

TOP PAGE BUTTON 
fungsi : senang untuk korang naik keatas selepas abis baca n3 aku yang kat bawah2 tu..
jadi korang xyah la skroll mouse korang tu untuk naik ke atas.Just klik kat itik tu & terus ia akan terus naik ke atas blog aku nie..









memula..korang cari la imej yang korang rase sesuaies untuk diletakkan sebagai ikon top page button ko tu..klu korang tak tau kat mane nak cari, xpe..aku syorkan ko cari kat SINI..mane la tau kot2 ada yang berkenan dihati..
korang pegi kat LAYOUT dan pergi ke bahagian EDIT HTML
korang cari coding nieh
Then, Korang copy paste coding kat bawah nie di atas coding no 3 tu
Korang jangan lupa lak ubah tang URL IMAGE lepas paste coding tu,korang preview lagi okeh..tengok korang rasa sesuai tak ngan taste korang..
bila korang da suka & puas hati, korang save template..Labels: tutorial
January 11, 2009






Labels: jogging
January 10, 2009


Labels: blog, lil rascal
January 09, 2009

SITI dan suami pada sidang media di Balai Berita, semalam. |
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dan gosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.
Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.
"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita semalam.
"Saya ahli perniagaan dan bukan artis. Apabila gosip seperti ini timbul, reputasi saya turut tercemar. Apabila berurusan mengenai perniagaan, saya dapat rasakan ada memandang serong seolah-olah saya suami yang jahat.
"Saya harap cukuplah menabur fitnah terhadap saya. Letih rasanya apabila terpaksa membuat penjelasan setiap kali gosip tidak berasas ini tersebar," katanya.
Khalid berkata, pernah satu ketika kerana terlalu tertekan dengan gosip, hampir saja beliau menyuruh Siti meninggalkan nyanyian.
"Saya faham apabila berkahwin dengan Siti secara tidak langsung saya terdedah dengan gosip tapi apabila didiamkan, semakin menjadi-jadi," katanya.
Sementara itu, Siti mengaku terkilan rumah tangga mereka sering digosipkan.
"Siti ingin diamkan perkara ini kerana sebagai selebriti, ia adalah asam garam. Namun Siti memahami perasaan suami. Sebagai ahli perniagaan, gosip seperti ini menjejaskan reputasinya," katanya.
sila klik SINI dan SINI untuk lihat berita lagi pasal Siti Nurhaliza..
credit to : Fiq-Online

Labels: gossip